
Untuk Ingatan…
Website ini utk keluarga pembeli www.bisnesair.com sahaja. Seperti diberitahu dlm web, pakej ini untuk kegunaan keluarga dan perniagaan makanan anda. Buat masa ini, pakej ini bukan untuk rujukan mengajar.
Anda dilarang berkongsi secara terbuka segala resepi, tips dan teknik di dalam panduan ini samada di internet, fb, group, komen dan sebagainya. Tapi boleh kongsi dgn orang perseorangan melalui taip/cakap/tulisan anda sendiri. Itupun jika betul-betul perlu. Cuma kena ingatkan orang tu, tidak boleh kongsi secara terbuka juga.
Namun seeloknya beritahu mereka untuk beli sendiri melalui laman webnya. Atau anda belikan untuk mereka sebagai hadiah. Kalau rakan minta resepi, kata je “Elok belajar di www.bisnesair.com berbaloi”
Semoga kita menjaga keberkatan ilmu yang dipelajari agar diri, anak dan keluarga anda baik dan siha . InsyaAllah
PSST: Sebarang pertanyaan perlu guna whatsapp (+60137757915) Tapi sebelum bertanya, pastikan anda tonton kesemua video dan baca kesemua tips dalam website..Bukannya tengok sikit, wasap, tengok sikit wasap
Versi web ini baru sahaja dibuat dengan copy dari versi dvd saya. So jika ada kesilapan copy, sila wasap saya taw. tq.
MENU UTAMA
Boleh klik Menu Di bawah atau scroll Down
MODUL 1: ANEKA BISNES AIR BALANG
Boleh klik Tajuk Di bawah atau scroll Down

Klik Sini Utk Kembali Ke Menu Utama
MODUL 2: CARA MEMBUAT ANEKA AIR SOYA
Boleh klik Tajuk Di bawah atau scroll Down

Klik Sini Utk Kembali Ke Menu Utama
MODUL 3: MEMBUAT ANEKA DADIH NEW EDITION
Boleh klik Tajuk Di bawah atau scroll Down

Klik Sini Utk Kembali Ke Menu Utama
MODUL 4: MEMBUAT MOUSSE DAN TIRAMISU
Boleh klik Tajuk Di bawah atau scroll Down

Klik Sini Utk Kembali Ke Menu Utama
MODUL 5: PENGIRAAN KOS, UNTUNG
Boleh klik Tajuk Di bawah atau scroll Down

Klik Sini Utk Kembali Ke Menu Utama
MODUL 6. TIPS BISNES AIR
Boleh klik Tajuk Di bawah atau scroll Down

Klik Sini Utk Kembali Ke Menu Utama
MODUL 7: INFO TAMBAHAN
Boleh klik Tajuk Di bawah atau scroll Down

Klik Sini Utk Kembali Ke Menu Utama
MODUL 1: ANEKA BISNES AIR BALANG
1a. Video membuat Air Gula Putih
Video 1a: Cara Membuat Air Gula Putih
Resepi Gula Putih
Gula Pasir
Air Paip
Ringkasan video di atas:
1. Caranya masukkan gula pasir ke dalam periuk masak,
2. Kemudian masukkan air paip sehingga ketinggian lebih sedikit dari gula pasir di dalam periuk.
3. Masak dgn api yg kecil sehingga air gula mendidih. Bila mendidih, biarkan ia mendidih 2-3minit untuk bunuh kulat di dalamnya. Ini menjadikan air balang tahan lebih lama selepas dicampurkan dengan air gula.
Nota: Air gula ini digunakan untuk semua jenis air balang.
Nota: Untuk satu bungkus air perlukan satu dan lebih sedikit senduk kecil air gula. Memang setiap hari anda kena test dulu sukatan senduk gula. Sebab setiap hari tidak akan sama.
Nota: Untuk satu balang air 33liter perlukan 2.5kg gula pasir. Dalam video, semua kita guna balang 33liter.
Nota: kalau nak masukkan terus air gula dalam balang, masukkan separuh dulu air gula dan kemudian masukkan sedikit demi sediki air gula hingga rasa yang anda mahukan.
8. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas..

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1
1b. Video Cara Memproses Air Tebu
Video 1b: Cara Memproses Air Tebu
Resepi Air Tebu
Batang Tebu Madu
Mesin Tebu
Nota: Anda kena rajin bertanya dengan peniaga makanan di tempat anda untuk mencari ladang tebu madu. Elakkan mengambil tebu dari ladang yang berdekatan paya kerana rasanya kurang enak.
Nota: Manakala mesin tebu boleh dibeli di kedai yang menjual peralatan mesin makanan.
Ringkasan video di atas:
1. Anda perlu membuang kulit tebu terlebih dahulu menggunakan sugar cane peeler.
Nota: Tebu jangan dibasuh kerana ia boleh menyerap air.
2. Tebu yang dibuang kulitnya, perlu terus dimasukkan dalam mesin tebu untuk mengeluarkan air tebu.
Nota: Orang di dalam video ini ialah abang Raib yang merupakan peniaga air tebu.
3. Air tebu yang siap diperah perlu ditapis dengan penapis nylon seperti di dalam video.
4. Simpan air tebu dalam jug besar dan tutup dengan kain lembab yang bersih.
5. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas..

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1
1c. Video Cara Memproses Air Kelapa
Video 1c: Cara Memproses Air Kelapa
Resepi Air Kelapa
7 biji Buah Kelapa Muda
1bag Ais Batu
Nota: Kelapa muda yang sedap ialah dari jenis kelapa pandan dan kelapa mawar.
Ringkasan video di atas:
1. Kupas 7 biji buah kelapa muda daribahagian bawahnya seperti di dalam video.
Nota: Kita perlukan lebih kurang 7 biji kelapa muda untuk satu balang penuh 33 liter.
2. Kemudian air kelapa di tuang terus ke dalam balang air.
3. Belah dua buah kelapa muda untuk mengeluarkan isi kelapa. Anda boleh menggunakan sudu untuk mengeluarkan isi kelapa dan dimasukkan ke dalam balang.
4. Selepas itu masukkan ais dan kacau sehingga bercampur.
Nota: Biasanya peniaga menggunakan ais atau air batu hancur.
5. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1
1d. Cara Membuat Cendol Air Balang
Video 1d: Cara Buat Cendol Air Balang
Resepi Air Gula Merah
500gm Gula Merah
500gm Gula Pasir
150gm Kicap Masin
Air Paip
Resepi Santan Cendol
2kg Santan
1tin Susu Cair Saji
Garam Secukupnya
Nota: Beli santan siap diperah dengan mesin sebab tahan lama. Sebab perah dengan tangan punca cepat basi.
Ringkasan video di atas:
1. Untuk Air gula merah kita perlu masak gula merah, gula pasir, kicap dan air dengan api sederhana. Bila mendidih, kecilkan api dan biarkan ia mendidih dan pekat selama 1-2 jam.
2. Untuk santan cendol, Masukkan santan santan dan susu cair terlebih dahulu ke dalam balang. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit garam sehingga rasa lemak manis.
Nota: Susu cair mengandungi pengawet yang akan menjadikan santan lebih sedap dan tahan lama.
Nota: Kalau nak buat cendol pandan, tambahan pandan paste atau panda emulco. Letakkan sedikit demi sedikit hingga warna canti..
3. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas..

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1
1e. Cara Membuat Cendol Hijau Dan Kacang Merah
Video 1e: Cara Cendol Hijau Dan Kacang Merah
Resepi Cendol Hijau
1 Cawan TEpung Beras
3 Cawan Air Paip
5 Sudu Besar Tepung Ubi
2 Sudu Besar Air Kapur
1 Sudu Kecil Garam
2 Sudu Besar Pewarna Hijau
Ringkasan video di atas:
1. Untuk cendol anda perlu masak kesemua bahan resepi cendol sehingga menjadi adunan cendol berkilat dan pekat. Guna api sederhana.
2. Kemudian masukkan adunan cendol ke dalam acuan muruku dan ditekan. Tekan adunan kedalam air sejuk. Boleh juga gunakan apa sahaja bekas yang mempunyai lubang halus dan tekan.
Nota: Jika nak cendol lebih keras, anda hanya tambah sukatan tepung ubi untuk cubaan kedua. Jika mau lembut, kurangkan sukatan tepung ubi sahaja untuk cubaan kedua.
Nota: Biasa peniaga beli siap cendol hijau di pasar besar. Kalau beli di pasar besar, harga lebih murah. Jimat masa beli siap.
3. Untuk kacang merah, rendam kacang merah di dalam air semalaman atau lebih 8 jam.
4. Kemudian ia direbus sehingga empuk atau lembut (atau boleh guna stim).
Nota: Untuk bisnes air balang, kacang merah dimasukkan ke dalam plastik air dan bukannya balang air. .
Nota: Nak mudah, beli kacang merah siap dalam tin.
5. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas..

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1
1f. Resepi & Cara Membuat Air Asam Boi
Video 1f: Cara Membuat Air Asam Boi
Resepi Air Asam Boy
30-40 biji Asam
1/2 botol Perisa Asam Masin Brand Gold Lion
Air Tapis
1 bag Ais Batu
Ringkasan video di atas:
1. Biji asam perlu direbus dengan air terlebih dahulu sehingga mendidih dengan api sederhana. Guna air banyak pun boleh. Ini untuk mengeluarkan rasa asam dari biji asam.
Nota: Pilih jenis biji asam yang menglluarkan warna merah semasa di rebus dan bukan jenis yang mengeluarkan warna putih susu pada air rebusan.
Nota: Biji asam biasanya di jual di kedai yang menjual jajan (makanan ringan) untuk peniaga
2. Masukkan air tapis ke dalam balang sehingga tinggi air tapis 1/5 dari balang.
3. Ambil air rebusan asam dan masukkan ke dalam balang bersama biji asam sekali.
4. Kemudian tambah perisa asam masin. Boleh tambah atau kurangkan sukatan perisa mengikut warna merah yang anda suka.
5. Mssukkan ais batu. Biasanya peniaga menggunakan ais hancur.
Nota: Selepas masuk ais, jika warna airnya kurang cantik, anda boleh tambah lagi perisa asam masin.
6. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas..

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1
1g. Resepi & Cara Membuat Air Asam Tiga Rasa
Video 1g: Cara Membuat Air Asam Tiga Rasa
Resepi Air Asam Tiga Rasa
30-40 biji Asam
30-40 biji LImau Kasturi / Limau Sambal
1/2 botol Perisa Oren Bran Sun Up
Air Tapis
1 bag Ais Batu
Ringkasan video di atas:
1. Biji asam perlu direbus dengan air terlebih dahulu sehingga mendidih dengan api sederhana. Guna air banyak pun boleh. Ini untuk mengeluarkan rasa asam dari biji asam.
Nota: Pilih jenis biji asam yang menglluarkan warna merah semasa di rebus dan bukan jenis yang mengeluarkan warna putih susu pada air rebusan.
Nota: Biji asam biasanya di jual di kedai yang menjual jajan (makanan ringan) untuk peniaga
2. Perah limau kasturi untuk mengeluarkan patinya. Buat di dalam bekas.
3. Masukkan air tapis ke dalam balang sehingga tinggi air tapis 1/5 dari balang.
4. Ambil air rebusan asam dan masukkan ke dalam balang bersama biji asam sekali.
5. Masukkan air perahan limau kasturi dan kulitnya dan masukkan ke dalam balang
6. Kemudian tambah perisa oren. Boleh tambah atau kurangkan sukatan perisa mengikut warna merah yang anda suka.
7. Mssukkan ais batu. Biasanya peniaga menggunakan ais hancur.
Nota: Selepas masuk ais, jika warna airnya kurang cantik, anda boleh tambah lagi perisa oren
8. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas..

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1
1h. Resepi & Cara Membuat Air Asam Girl
Video 1h: Cara Membuat Air Asam Girl
Resepi Air Asam Girl
30-40 biji Asam
30-40 biji LImau Kasturi / Limau SambalAir Tapis
1 bag Ais Batu
Ringkasan video di atas:
1. Biji asam perlu direbus dengan air terlebih dahulu sehingga mendidih dengan api sederhana. Guna air banyak pun boleh. Ini untuk mengeluarkan rasa asam dari biji asam.
Nota: Pilih jenis biji asam yang mengeluarkan warna putih susu pada air rebusan.
Nota: Biji asam biasanya di jual di kedai yang menjual jajan (makanan ringan) untuk peniaga
2. Perah limau kasturi untuk mengeluarkan patinya. Buat di dalam bekas.
3. Masukkan air tapis ke dalam balang sehingga tinggi air tapis 1/5 dari balang.
4. Ambil air rebusan asam dan masukkan ke dalam balang bersama biji asam sekali.
5. Masukkan air perahan limau kasturi dan kulitnya dan masukkan ke dalam balang
6. Mssukkan ais batu. Biasanya peniaga menggunakan ais hancur.
7. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas..

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1
1i. Resepi & Cara Membuat Jambu Asam
Video 1i: Cara Membuat Jambu Asam
Resepi Air Jambu Asam
30-40 biji Asam
3 biji Jambu Batu
Suku Botol Perisa Jambu
Air Tapis
1 bag Ais Batu
Ringkasan video di atas:
1. Biji asam perlu direbus dengan air terlebih dahulu sehingga mendidih dengan api sederhana. Guna air banyak pun boleh. Ini untuk mengeluarkan rasa asam dari biji asam.
Nota: Pilih jenis biji asam yang menglluarkan sedikit warna merah semasa di rebus dan bukan jenis yang mengeluarkan warna putih susu pada air rebusan.
Nota: Biji asam biasanya di jual di kedai yang menjual jajan (makanan ringan) untuk peniaga
2. Potong dua jambu batu dan buang biji didalamnya. Kemudian kisar dengan air sehingga hancur seperti di dalam video.
3. Tapis kisaran jambu batu dan masukkan air patinya sahaja ke dalam balang.
4. Masukan air rebusan asam dengan biji sekali ke dalam balang.
Nota: Jika anda tidak mahu biji asamnya kelihatan, anda hanya perlu buang biji asam dan kisar kulit asam sehingga hancur. Kemudian masukkan ke dalam balang.
5. Tambahkan sedikit air paip, sehingga ketinggian air 1/5 dari ketinggian balang,
6. Masukkan suku botol perisan jambu double lion. Anda tambahankan sukatan mengikut citarasa anda.
7. Mssukkan ais batu. Biasanya peniaga menggunakan ais hancur.
Nota: Selepas masuk ais, jika warna airnya kurang cantik, anda boleh tambah lagi perisa jambu batu.
8. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas..

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1
1j. Resepi & Cara Membuat Air Katira
Video 1j: Cara Membuat Air Katira
Resepi Air Katira Kos Rendah
1 Mangkuk Cincau
2 sudu besar Biji Selasih
1 Mangkuk Kembang Semangkuk
1/2 Botol Perisa Tebu
1 tin Susu Cair
Pewarna Hijau
Air Tapis & Ais Hancur
Ringkasan video di atas:
1. Sagat satu buku cincau sehingga dapat satu mangkuk cincau. Gunakan alat sagat dibahagian lubang yang paling besar.
2. Basuh sebungkus kembang semangkus dan rendam di dalam air suam hingga ia kembang.
3. Rendam 2 sudu besar biji selasih dengan air suam. Rendam hingga ia kembang.
4. Masukkan air tapis 1/5 dari ketinggian air balang. Masukkan separuh botol perisa tebu. 1 tin susu cair, cincau sagat, kembang semangkuk dan biji selasih yang telah kembang.
5. Mssukkan ais batu. Biasanya peniaga menggunakan ais hancur.
Nota: Selepas masuk ais, jika warna airnya kurang cantik, anda boleh tambah lagi perisa jambu batu.
6. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.
Resepi Air Katira Kos Tinggi Berlapis
1 Mangkuk Cincau
1 Mangkuk Air Selasih
1 Mangkuk Kembang Semangkuk
20gm Buah Katira
200gm Kurma Merah Cina
200gm Gula Kundur
200gm Halwa Kabung
200gm Barli
1/2 Botol Perisa Tebu
Pewarna Hijau
Air Tapis & Ais Hancur
1. Cara penyediaan cincau, biji selasih dan kembang semangkuk sama dengan air katira kos rendah.
2. Buah katira perlu direbus sehingga buahnya bertukar kepada warna lutsinar dalam masa 1 jam.
3. Kurma merah perlu dibuang biji dan dipotong kecial. Gula Kundur dan halwa kabung hanya perlu dipotong kecil-kecil sahaja. Kemudian rendam ketiga bahan ini dengan air panas selama setengah jam.
4. Rendam barli semalaman. Dan rebus sehingga barli lembut dan mudah dikunyah.
5. Untuk buat air katira kos tinggi yang berlapis kena tonton videonya.
6. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas..

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1
1k. Resepi & Cara Membuat ABC Rock / Bandung Cincau
Video 1k: Cara Membuat ABC Rock / Bandung Cincau
Resepi Air AbC Rock
1 Mangkuk Cincau Di Sagat
1/2 Tin Jagung Manis
1/2 mangkuk Kacang Merah
2 sudu besar Biji Selasih
1/4 bntol Pewarna Merah Ros
1 Tin Susu Cair
Air Tapis
Ais Hancur
Ringkasan video di atas:
1. Sagat satu buku cincau sehingga dapat satu mangkuk cincau. Gunakan alat sagat dibahagian lubang yang paling besar.
2. Rendam setengah mangkuk biji selasih dengan air suam sehingga kembang.
3. Kacang merah perlu direndam semalaman dan direbus sehingga lembut.
3. Masukkan air tapis ke dalam balang hingga 1/5 ketinggian balang.
4. Seterusnya masukkan suku botol pewarna merah, satu tin susu cair, cincau sagat, setengah tin jagung manis dan biji selasih yang telah kembang dengan airnya.
5. Masukkan separuh mangkuk kacang merah. Cara penyediaan kacang merah ada di ajar di video modul 1e. (Hanya rendam semalaman kacang merah dan rebus dengan air sehingga lembut )
6 Mssukkan ais batu. Biasanya peniaga menggunakan ais hancur.
Nota: Selepas masuk ais, jika warna airnya kurang cantik, anda boleh tambah lagi pewarna merah ros..
7. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas..

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1
1l. Resepi & Cara Membuat Tembikai Laichi
Video 1l: Cara Membuat Tembikai Laichi
Resepi Air Tembikai Laici
1 Biji Tembikai
1 Tin Laichi
Air Tapis
Ais Hancur
Ringkasan video di atas:
1. Keluarkan isi tembikai dengan sudu. Kemudian kisar dengan air menggunakan blender
2. Masukkan kisaran tembikai ke dalam balang air. Tambah air tapis sehingga ketinggian air 1/5 dari balang.
3. Masukkan ais hancur. Dan kemudian masukkan 1 tin laichi.
Nota: Anda boleh tambahkan tembikai kisar lagi jika mahu warna air tembikai anda kurang cantik.
8. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas..

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1
1m. Resepi & Cara Membuat Air Lobak Merah
Video 1m: Cara Membuat Air Lobak Merah
Resepi Air Lobak Merah
2kg Lobak Merah
1 tin Susu Pekat
1 tin Susu Cair
Air Tapis
Ais Hancur
Ringkasan video di atas:
1. Potong kecil-kecil lobak merah dan kisar dengan air menggunakan blender.
Nota: kena beli lobak merah di pasar segar. Kat hypermarket banyak yang stok lama dan rasanya kurang sedap.
2. Tapis hasil kisaran lobak merah dan masukkan pati atau airnya ke dalam balang. Hampas buang.
3. Masukkan satu tin susu pekat. Nak sedap masukkan lagi 1 tin susu cair
4. Masukkan air tapis sehingga ketinggian air 1/5 dari balang.
5. Masukkan sebungkus air hancur.
6. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1
1n. Resepi & Cara Membuat Air Teh Bunga
Video 1n: Cara Membuat Air Teh Bunga
Resepi Air Teh Bunga
1/2 packet Bunga Kekwa
7 uncang Teh Boh
Air Tapis
Ais Hancur
Nota: Bunga kekwa boleh di beli kedai ubat cina.
Ringkasan video di atas:
1. Didihkan air dalam periuk. Selepas didih, matikan api .
2. Kemudian masukkan 7 uncang teh boh dan biarkan 2-3 minit.
3. Kemudian masukkan 1/2 packet bunga kekwa ke dalam air panas. Biarkan hingga bunga kekwa kembang sahaja.
Nota: Jangan lama sangat rendam bunga kekwa nanti ia akan hancur.
4. Masukkan semuanya ke dalam balang air dan tambah air tepis sehingga 1/5 ketinggian balang.
5. Keluarkan uncang teh boh dan masukkan ais hancur.
6. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas..

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1
1o. Resepi & Cara Membuat Air Mata Kucing
Video 1o: Cara Membuat Air Mata Kucing
Resepi Air Mata Kucing.
250gm Buah Longan Kering
2biji Size Besar Gula Melaka
1 helai daun pandan.
1 Sudu Teh Perisa Longan
1 sudu teh Pewarna Perang Sarsaparilla
Air Tapis
Ais Hancur
Ringkasan video di atas:
1. Rebus buah longan kering dengan gula melaka dengan api sederhana. Rebus hingga gula melaka cair dan buah longan menjadi lembut.
2. Masukkan air rebusan dan buah longan ke dalam balang.
3. Tambah air paip sehingga ketinggian air 1/5 dari balang.
4. Masukkan perisa longan, Untuk warna yang lebih cantik, masukkan pewarna perang sarsaparilla.
Nota: Pewarna perang sarsaparilla, boleh dibeli di shopee.
5. Masukkan ais hancur. dan kacau sehingga bahan bercampur.
6. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas..

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1
1p. Resepi & Cara Membuat Air Tembikai Susu
Video 1p: Cara Membuat Air Tembikai Susu
Resepi Air Tembikai Susu
1 biji Buah Tembikai Susu
1 tin Susu Pekat
1 tin Susu Cair
1/2 botol Perisa Tembikai Susu
Air Tapis
Ais Hancur
Ringkasan video di atas:
1. Keluarkan isi tembikai susu dan kisar dengan air menggunakan blender.
2. Masukkan hasil kisaran ke dalam balang. Tak perlu tapis.
3. Masukkan 1 tin susu pekat. Nak sedap masukkan lagi 1 tin susu cair.
4. Tambahkan air tapis sehingga 1/5 dari ketinggian balang.
5. Masukkan setengah botol perisa tembikai susu untuk warna dan rasa yag sedap. Cari yang warna hijau. Tapi jika nak air tembikai susu warna putih, tak perlu letak seperti di dalam video.
6. Masukkan ais hancur dan kacau sehingga bercampur.
Nota: Selepas masuk ais, jika warna airnya kurang cantik, anda boleh tambah lagi peisa tembikai susu ros..
8. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1
1q. Video Cara Buat Air Lai Chi Kang Berlapis
Video 1q: Cara Buat Air Lai Chi Kang Berlapis
Resepi Air Katira Kos Tinggi Berlapis
Agar-agar merah dan hijau
Jagung manis
Biji selasih ada
Buah kembang semangkuk
Kacang merah
Kacang tanah
Halwa pala
barli
Ais Hancur
Nota: Air lai chi kang tidak guna sebarang pewarna.
Ringkasan video di atas:
1. Anda ke tonton dulu video membuat air katira kos tinggi di modul 1j terlebih dahulu
2. Untuk penyediaan biji selasih, buah kembang semangkuk, halwa pala dan barli ada di ajar di dalam video air katira modul 1j.
3. Untuk kacang merah ada diajar di dalam video cendol di modul 1d. Untuk jagung manis terus ambil dari tin.
4. Agar-agar merah dan hijau dibuat dengan resepi dadih original. Adi ajar dalam video modul 3e . Cuma tukar sukatan agar kering dari 4gm kpd 8gm. Siap masak masuk dalam bekas besar. Selepas sejuk potong dadu.
5. Kacang tanah pula, hanya goreng tanpa minyak di dalam kuali hingga sedap baunya.
6. Cara buat air laichi kang berlapis kena tengok videonya.
7. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas..

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1
1r. Bahan & Cara Jual Air Lai Chi Kang
1. Agar-agar merah dan hijau dibuat dengan resepi dadih. Cuma tukar sukatan agar kering dari 4gm kpd 8gm. Untuk sukatan bahan lain sama. Anda boleh rujuk video dadih. Selepas siap masak, masukkan ke dalam bekas besar dan simpan dalam chiller. Selepas sejuk keluarkan dari bekas dan potong dadu.2. Cincau ada di ajar di video air katira atau abc rock
3. Jagung manis hanya perlu beli di hypermarket.
4. Cara merendam biji selasih ada video air katira
5. Cara rendam buah kembang semangkuk ada video air katira
6. Kacang merah ada di video cendol (boleh tukar kurma merah)
7. Kacang tanah digoreng tanpa minyak hingga bau sedap.
8. Halwa pala ada di video air katira.
9. Penyediaan barli ada di video air katira.
Cara Jual Air Lai Chi Kang.
1. Bahan-bahan yang disediakan perlu dibahagi dua. Satu bahagian di masukkan ke dalam balang secara berlapis dengan ais. Dan satu lagi bahagian diletakan atas meja di dalam bekas kecil
2. Setiak bekas kecil, isi satu bahan. Dan apabila pelangan order, masukkan satu sudu kecil untuk setiap bahan lai chi kang ke dalam plastik dengan air gula. Kemudian ceduk air balang di bahagian tengah sahaja tanpa mengusik tepinya.
3. Selepas siap buat lapisan air lai chikang dengan ais dan bahan di atas. Masukkan, masuk 3-4 liter air ke dalam balang dengan air kembang semankuk.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1
1s. Tambahan Bisnes Air Balang Lain

Bonus dalam bentuk text kerana cara buat sama sahaja seperti video sebelum ini.
PENTING: Tonton DULU video sebelum nI.
Bonus 1. Resepi Air Perisa Keladi:
1. Masukkan air tapis sehingga 1/5 dari balang seperti dalam video sebelum ini.
2. Masuk satu botol perisa keladi brand double lion ke dalam balang.
3. Kemudian masukkan 4 tin susu cair. Boleh guna susu tin brand saji atau brand yang murah.
4. Masuk ais hancur ke dalam balang dan kacau seperti video sebelum ini.
5. Untuk keladi katira, anda hanya perlu tukar perisa tebu dalam resepi katira dengan perisa keladi. Untuk Keladi Vanilla ada dalam bonus no 12
Bonus 2. Resepi Air Perisa Jagung:
1. Masukkan air tapis sehingga 1/5 dari balang seperti dalam video sebelum ini.
2. Masukkan satu botol perisa jagung brand double lion ke dalam balang.
3. Kemudian masukkan 4 tin susu cair dalam balang. Boleh guna susu tin brand saji atau brand yang murah.
4. Masukkan satu tin jagung manis yang dikisar kasar dengan air ke dalam balang
4. Masuk ais hancur ke dalam balang dan kacau seperti video sebelum ini.
Nota: Untuk jagung katira, hanya perlu tukar perisa tebu dalam resepi air katira modul 1j, dengan perisa jagung brand double lion. Untuk Jagung Vanilla ada dalam bonus no 12

Bonus 3. Resepi Air Blue Lemon Ala Heaven & Earth:
1. Perah 30 biji limau kasturi dan perahkan 1 biji lemon. Masukkan air perahan tersebut ke dalam balang.
2. Masukkan sebotol 1.5 liter air gas 7up (atau F&N Ice Cream Soda) ke dalam balang.
3. Ambil sebiji lemon lagi hiris nipis2 seperti gambar di atas dan masuk dalam balang.
4. Seterusnya masukkan air tapis sehingga 1/5 balang
5. Masuk pewarna biru sikit demi sikit sehingga warna di atas.
6. Masukkan ais dan kacau. Jika warna kurang terang, boleh tambah pewarna.
Bonus 4. Resepi Air Leman Tea Ala Heaven & Earth:
1. Perah 30 biji limau kasturi dan perahkan 1 biji lemon. Masukkan air perahan tersebut ke dalam balang.
2. Masukkan sebotol 1.5 liter air gas 7up (atau F&N Ice Cream Soda) ke dalam balang.
3. Ambil sebiji lemon lagi hiris nipis2 dan masuk dalam balang.
4. Didihkan satu liter air. Matikan api dan masukkan 10 uncang teh boh. Selepas 5 minit, masukkan air tehnya sahaja ke dalam balang (Elok tonton video air teh bunga modul 1n).
5. Masukkan air tapis sehingga 1/5 balangr dan ais seperti dalam video-video sebelum ini.
Bonus 5. Resepi Air Sirap Selasih Pudina:
1. Rendam satu mangkuk biji selasih dengan air panas seperti buat air abc rock. Selepas kembang, masukkan ke dalam balang.
2. Seterusnya basuh 25 helai daun pudina dan masukkan ke dalam balang. Masukkan sehelai2 daun pudina segar tanpa batang.
3. Kemudian masuk air sehingga 1/5 dari balang.
4. Masukkan 1/4 botol pewarna merah ros seperti air abc rock dalam video modul 1k.
Nota: Untuk Air Sirap Vanilla ada dalam bonus no 12

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1

1s. Tambahan Bisnes Air Balang Lain

Bonus 6. Resepi Air Jus Mangga:
1. 2 kilo isi mangga jenis chokanan dikeluarkan isinya dan kisar bersama air dengan blender. Seterusnya masuk dlm balang dan tak perlu tapis.
2. Masukkan 1 tin susu cair. Masukkan ais. (Ada peniaga guna susu pekat dan tak guna susu cair. Ada peniaga langsung tak guna susu pekat atau susu cair. So terpulang pada citarasa anda)
3. Kemudian masuk air sehingga 1/5 dari balang.
4. Kemudian tambah sedikit demi sedikit pewarna kuning sehingga warna yang anda mahukan.
5. Masukkan ais dan kacau. Jika warna kurang terang, boleh tambah pewarna.

Bonus 7. Resepi Jus Nenas Madu:
1. Kisar isi 4 biji nenas madu bersama air dengan blender. (Buang kulit dan tengah batangnya nenes madu) Kemudian terus masuk ke dalam balang.
2. Ambil lagi 1 biji nenas madu dan potong kiub/empat segi yang kecil dan masuk balang.
3. Masukkan 1 tin susu cair. dan tambah air tapis sehingga 1/5 dari balang.
4. Kemudian tambah sedikit demi sedikit pewarna kuning sehingga warna yang anda mahukan.
5. Masukkan ais dan kacau. Jika warna kurang terang, boleh tambah pewarna.
Nota: Ada peniaga guna susu pekat dan tak guna susu cair. Ada peniaga langsung tak guna susu pekat atau susu cair. So terpulang pada citarasa anda

Bonus 8. Resepi Air Durian Belanda
1. Dapatkan 2 kilo durian belanda. Kemudian kisar isi durian belanda bersama air dengan blender. Kemudian masuk ke dalam balang.
2. Masukkan 1 tin susu cair. dan tambah air tapis sehingga 1/5 dari balang.
3. Masukkan setengah botol perisa double lion. Ada dijual di shopee.
4. Masukkan ais dan kacau. Jika warna kurang terang, boleh tambah perisa double lion.
Nota: Nak lagi sedap, rendam semalaman 1 cawan barli. Kemudian rebus dan kisar dan masukkan ke dalam air durian belanda.

Bonus 9. Resepi Air Jus Merah Naga .
1. Kisar 3-4 biji buah naga isi warna merah bersama air dengan blender. Buah naga isi merah berbentuk bulat. Seterusnya masuk ke dlm balang.
2. Tambah air sehingga ketinggian 1/5 dari balang air dan
3. Masukkan ais dan kacau. Jika warna kurang terang, boleh tambah pewarna merah ros.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1

1s. Tambahan Bisnes Air Balang Lain

Bonus 10. Resepi Air Milo:
1. Bancuh dulu 1kg Serbuk Milo dan 500gm serbuk koko timbang dengan air panas. Air panas dalam 3 liter. Biarkan 15minit dan masukkan ke dalam balang.
Nota: bila koko timbang yang murah. Milo boleh ganti dengan Tesco Choco Malt untuk jimat.
2. Masuk ke dalam balang 8 tin susu pekat dan 4 tin susu cair brand Saji.
Nota: Nak jimat boleh guna susu pekat sahaja.
3. Masukkan air tapis sehingga 1/5 daripada balang
4. Masukkan ais dan kacau. Tidak perlu lagi masuk air gula dalam plastik.
Nota: Boleh cari koko timbang di kedai runcit tempat peniaga beli barang. Atau di kedai bahan bakeri.yg siap pack. Serbuk koko boleh ditambah sukatan sebab lain kilang lain kualiti/ksndungsn kokonya.
Nota: Macam pakcik saya dia tak guna Milo tapi dia guna cecair perisa coklat milo dan serbuk koko.
Nota: Untuk Air Milo Vanila ada dalam bonus no 11

Bonus 11. Teh Tarik Balang:
1. Kisar kasar 500gm red tea dgn 1 keping bulat gambir. Didihkan 2.5 liter air. Selepas air didih, matikan api dan masuk/rendam 500gm red tea dan gambir. Biarkan 5 minit dan tapis asingkan airnya.
2. Selepas setengah jam, didihkan lagi 2.5 liter air baru. Selepas air didih, matikan api dan masukkan semula red tea dan gambir yang sama kita rendam tadi. Biarkan ia lima minit dan tapis.
3. Kedua-dua air tapisan teh tadi masuk dalam balang air.
4. Seterusnya masukkan 8 tin susu pekat dan 4 tin susu cair brand saji.
Nota: Nak jimat boleh guna susu pekat sahaja.
5. Tambah air tapis sehingga keseluruhan air menjadi satu per lima daripada balang
6. Seterusnya masukkan ais batu dan kacau. Tidak perlu lagi air gula masuk dalam cawan/plastik.
Nota: Gambir memang ada dijual di kedai runcit. Manakala red tea thailand, jika tak jumpa boleh beli online di shopee.com. Untuk Air Teh Vanila ada dalam bonus no 11

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1

1s. Tambahan Bisnes Air Balang Lain

Bonus 12. Air Vanilla: Untuk semua resepi air vanilla, hanya tambahkan sebungkus 900gm serbuk ice blended perisa vanilla ke dalam balang. Serbuk ini boleh di beli di lazada.com.my. Taip igloo ice blended vanilla . Taip ejaan dgn betul ya.
Serbuk ice blended vanilla ini perlu dibancuh dengan air panas terlebih dahulu. Boleh guna 2.5liter air panas untuk bancuh serbuk iced blended vanilla terlebih dahulu. Oleh kerana serbuk ini telah ada krimer dan gula, so kena kurangkan susu cair dan susu pekat dalam resepi
Resepi Air Keladi & Jagung Vanilla & Sirap Vanilla: Resepi sama spt dlm bonus no 1/2/4. Cuma gunakan 2 tin susu cair .Dan tambah 900gm serbuk ice blended vanilla yang dibancuh dengan 2.5liter air panas. Utk sirap vanilla, tidak perlu daun pudina
Resepi Air Milo Vanilla & Teh Vanilla Resepi sama spt dlm bonus no 9/10. Cuma gunakan 3 tin susu cair dan 5 tin susu pekat .Dan tambah 900gm serbuk ice blended vanilla yang dibancuh dengan 2.5liter air panas. Boleh tambah air gula jika mau lebih manis.
Resepi Air Durian Belanda Vanilla: Hanya tambahkan 900gm serbuk ice blended vanilla yang dibancuh dengan 2.5liter air panas shj. Tidak perlu susu cair.

Bonus 13: Resepi Air Barli Masam Manis:
1. Kita perlukan 500gm biji barli, setengah botol perisa barli brand double lion, 30 biji limau dan 1 botol 1.5liter air gas 7up.
2. Caranya, 500gm biji barli perlu dibasuh dan direndam semalaman. Rendam dgn ketinggian air 3 kali ganda dari barli.
3. Selepas rendam buang air dan rebus dengan air baru. Ketinggian air 3kali ganda dari ketinggian barli. Rebus hingga barli lembut. Lepas siap rebus, masukkan ke dalam balang.
Nota: Cara rendam dan rebus biji barli ada ditunjukkan dalam video air katira kos tinggi dalam modul 1j.
4. Perah 30 biji limau kasturi, tapis dan masukkan ke dalam balang.
5. Kemudian tambah setengah botol perisa barli double lion dan 1 botol 1.5liter air gas 7up.
6. Tambah air tapis sehingga keseluruhan air menjadi satu per lima daripada balang
7. Seterusnya masukkan ais batu dan kacau.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1
1t. Cara Membuat Air Balang Pada Kuantiti Kecil
Video 1t: Cara Air Balang Pada Kuantiti Kecil
Ringkasan video di atas:
1. Sebelum anda menonton video ini, anda kena tonton dulu video air balang.
2. Kita akan buat air asam girl pada kuantiti kecil. Anda hanya perlu kurangkan kuantiti bahan-bahan sahaja. Terlebih atau terkurang pun tidak mengapa.
2. Untuk resepi asam girl ini, kita gunakan 5 biji asam, 5 biji limau kasturi, air dan gula.
3. Biji asam dimasak sehingga mendidih terlebih dahulu. Anda perlu pilih asam yang mengeluarkan warna putih susu bila di masak.
4. Kemudian ia dimasukkan kedalam jug bersama limau nipis yang dipotong dan diperah, gula dan air.
5. Untuk air lain, sama sahaja caranya iaitu kurangkan sukatannya.
6. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas..

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1
MODUL 2: CARA MEMBUAT ANEKA AIR SOYA
2a. Resepi Air Soya Original
Resepi Air Soya Besar
1000gm Kacang Soya
12Liter/kg Air Paip
200gm Susu Cair
30gm Garam
2 Helai Daun Pandan
Resepi Air Soya Kecil
200gm Kacang Soya
2400ml/gm Air Paip
40-50gm Susu Cair
6gm Garam
1 Helai Daun Pandan
Untuk air anda boleh sukat dengan liter atau timbang dengan gm, sama sahaja sukatannya.
Hasil air soya juga bergantung pada kualiti kacang soya. Elok beli kacang soya import kanada untuk hasil yang baik. Dan jangan beli di kedai runcit kerana biasanya stok lama sebab jarang orang beli kacang soya nie.


Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 2
2b. Video Buat Air Soya Dgn Mesin Pengisar Soya
Video 2b: Cara Buat Air Soya Dgn Mesin Pengisar Soya
Ringkasan video di atas:
1. Resepi ada di modul 2a. Guna resepi soya besar.
2. 1kg Kacang soya perlu direndam 4-6 jam. Seterusnya direndam 1 jam dengan air panas untuk mengeluarkan lebih banyak pati (bukan air mendidih)
3. Selepas siap rendaman, buang air rendaman.
4. Kisar kacang soya dengan 12 liter air dengan guna mesin pengisar soya. Mesin ini mengisar dan terus menapis pati soya.
5. Air soya yang diperah perlu dimasak dengan api yang kecil.
Nota: Gunakan api yang kecil untuk mengelak bawah hangus yang menyebabkan rasa kurang sedap.
6. Apabila air soya mendidih.Masukkan garam, susu cair dan daun panda. Biarkan mendidih lagi selama 2-3-5minit dan matikan api untuk membunuh lebih banyak kulat di dalam air soya. Dan matikan api
Nota: Jangan masukkan gula pasir kerana ia akan menyebabkan air soya tidak tahan lama. Gula pasir perlu dimasak dengan air dulu hingga didih. Tapi jika terus minum boleh masuk gula pasir.
7. Biarkan air soya sejuk. Selepas 1 jam, tuangkan ke dalam balang air dan masukkan ais hancur ke dalamnya.
8. Untuk air soya plastik ikat, biasa peniaga guna plastik saiz 9inci X 6inci.
9. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas..

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 2
2c. Video Buat Air Soya Dengan Blender
Video 2c: Cara Buat Air Soya Dengan Blender
Ringkasan video di atas:
1. Resepi ada di modul 2a. Guna resepi soya kecil
2. Kacang soya perlu direndam 2 jam dulu. Kemudian ditukar air rendaman dan di rendam lagi 2 jam. Seterusnya direndam 1 jam dengan air panas (bukan air mendidih)
3. Selepas siap rendaman, buang air rendaman dan kisar kacang soya dengan air guna mesin blender. Kisar dalam masa 1-2 minit.
4. Selepas kisar, perah pati air soya dengan menggunakan penapis nylon. Nak lagi mudah, gunakan fruit juicer.
Nota: Boleh perah dengan alat fruit juicer seperti brand panasonic untuk lebih mudah.
5. Air soya yang diperah perlu dimasak dengan api yang kecil.
Nota: Gunakan api yang kecil untuk mengelak bawah hangus ang menyebabkan rasa kurang sedap.
6. Apabila air soya hampir masak, masukkan daun pandan.
7. Selepas menidih matikan api dan masukkan garam dan susu cair.
Nota: Jangan masukkan gula pasir kerana ia akan menyebabkan air soya tidak tahan lama. Gula pasir perlu dimasak dengan air dulu hingga didih. Tapi jika terus minum boleh masuk gula pasir.
6. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 2
2d. Panduan Menggunakan Mesin 3 in 1

Mesin 3 in 1 adalah gabungan mesin pengisar soya dan mesin boiler. Cara Guna seperti Di bawah:.
Langkah 1: Masukkan kacang soya di corong atas. Kemudian hidupkan mesin pengisar dan tuangkan air ke dalamnya. Caranya sama seperti cara guna mesin pengisar soya yang diajar di dalam video air soya modul 2c.
Langkah 2: Setkan suhu boiler kepada suhu 110 darjah celcius dan hidupkan boiler. Kalau guna 1-2kilo kacang soya, masak dalam 15minit. Kalau guna 4kg kacang soya, masak dalam 30minit.
Langkah 3: Selepas air soya masak, buka pili air untuk mengeluarkan air soyanya.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 2
2e. Panduan Buat Air Soya Panas

1. Selepas air soya siap dimasak seperti dalam video 2c. Letak dulu periuk di tempat lain.
2. Dan terus masukkan air gula cair yang telah siap dmasak. Masukkan sedikit demi sedikit sehingga rasa air soya manis.
Nota: Jangan masukkan gula pasir nanti rosak. Tapi masukkan air gula yang telah siap dimasak seperti diajar di modul 1a.
Nota: Air gula yang dimasak untuk air soya panas perlu benar-benar mendidih. Lepas air gula mendidih, biarkan 2-3 minit dan matikan api. Ini untuk bunuh semua kulat dalam gula.
3. Selepas siap terus masuk air soya panas ke dalam plastik tahan panas. Selepas itu terus simpan samada di thermos nasi atau kota ais. Ia tahan 12-15jam. Jika anda guna boiler atau mesin 3 in 1 lagi baik.
4. Biasa peniaga guna plastik saiz 9inci X 6inci.


Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 2
2f. Panduan Botolkan Air Soya

1. Selepas air soya masak seperti di modul 2c. Letak periuk ditempat lain. Kemudian biar ia suam sedikit dengan kipas menghadapnya. Selepas suam, masukkan air gula cair seperti diajar di modul 1a.
2. Masukkan air gula sikit demi sikit sehingga rasa manis. Elok masak air gula sehari sebelumnya.
Nota: Air gula yang dimasak untuk air soya panas perlu benar-benar mendidih. Lepas air gula mendidih, biarkan 2-3 minit dan matikan api. Ini untuk bunuh semua kulat dalam gula.
3. Kemudian masukkan ke dalam botol, tutup botol dan masuk ke dalam chiller atau peti sejuk bahagian buah.
4. Ia tahan 4-7 hari bergantung pada suhu chiller anda. Jika anda masak dengan boiler atau mesin 3 in 1, ia lebih sedap & tahan lama.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 2
2g. Panduan Membuat Air Soya Aneka Perisa

1. Untuk Air soya perisa jagung, bandung(perisa ros), strawberi dan keladi, anda boleh guna perisa brand double lion yang murah.
2. Tapi jika nak lebih sedap dan berkualiti, guna emulco strawberi atau keladi yang boleh di beli di kedai bahan bakeri.
3. Untuk air soya coklat, kena guna emulco coklat. Cara masukkannya, tunggu air soya telah sedikit suam, baru masukkan perisa atau emulco sedikit demi sedikit sehingga warnanya cantik. Jika warnanya cantik, rasanya pun akan cantik.
4. Jika dibotolkan, masukkan air gula spt diterangkan di modul 2f.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 2
2h. Panduan Mendapatkan Mesin Soya

Mesin dikiri ialah Mesin Pengisar Kacang Soya (Soya Bean Grinder) Seperti dalam video 2c. Mesin di kanan pula ialah steam boiler yang berfungsi memasak air soya dgn lebih baik pada suhu tinggi untuk air kacang soya tahan lebih lama dan sedap kerana tidak hangit. Lagi elok beli mesin soya 3 in 1 siap pengisar dan boiler.
Mesin ini boleh dibeli di kedai mesin makanan. JIka anda tidak tahu di mana kedainya, tanya dengan kedai bahan bakery dimana kedai menjual mesin penguli tepung. Biasanya ada dijual tempat yang sama. Atau anda juga boleh cari yang terpakai dan harga lebih murah di www.mudah.my


Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 2
2i. Tips Air Soya

Soya powder ini saya beli di kedai bahan bakery 2ply. Ia boleh dijadikan bahan pemekat air soya. Namun pada saya lebih sedap air soya original tanpa pemekat atau perisa tambahan
1. Untuk memekatkan air soya ada 3 cara seperti dibawah:
a. Tambahkan sedikit demi sedikit soya powder sehingga kepekatan yang dimahukan. Jika tak jumpa soya powder, boleh gantikan dengan tepung susu. Cara ini yang biasa digunakan peniaga.
b. Kurangkan sukatan air dalam resepi soya.
c. Lepas air soya mendidih, biarkan ia mendidih lama sikit .
2. Untuk keluarkan lebih banyak pati soya. Rendam kacang soya selama 4 jam. Kemudian buang air rendaman dan masukkan air panas dan biarkan ia direndam dalam air panas selama satu jam.
3. Untuk air soya yang lebih sedap dan tahan lama, elok masak dengan boiler atau mesin soya 3 in 1 kerana tidak akan hangit. Jika guna periuk, masak dengan api kecil dan selepas didih biarkan ia lama sikit untuk ia benar-benar masak dan tahan lama. .
4. Biasanya kilang memasak air soya dengan mesin wap pada suhu atas 200 darjah celcius. Ini dapat membunuh telur kulat dan menjadikan air soya dalam tin tahan lama tanpa pengawet.
5. Jika memasak air soya di periuk biasa, anda kena masak sehingga ia benar-benar masak. Jika tidak ia akan cepat basi. So selepas mendidih, biarkan ia mendidih lama sikit untuk ia benar-benar masak. Guna api yang kecil untuk ia mendidih lama.
6. Untuk menghilangkan buih, gunakan cecair anti foam atau anti buih. Ada dijual di shopee.com.my. Masukkan 1 ml untuk 1 liter air. Masukkan selepas pati air soya keluar dari mesin pengisar dan sebelum dimasak. Jika buat soya banyak shj guna.
7. Jangan masuk gula pasir ke dalam air soya. Sebaliknya gula perlu di masak terlebih dahulu dengan air. Dan elok masak hingga benar-benar mendidih untuk membunuh kulat dalam gula.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 2
MODUL 3: MEMBUAT ANEKA DADIH NEW EDITION
3a. Resepi & Cara Membuat Dadih Tebu
Video 3a: Cara Membuat Dadih Tebu
Resepi Dadih Tebu
4gm Agar-Agar Kering
250gm Air Paip
800gm Air Tebu
Ringkasan video di atas:
1. Rebus agar-agar kering dengan air sehingga agar-agar kering benar-benar cair.
2. Seterusnya dituangkan ke dalam air tebu. Gunakan air tebu yang belum dicampurkan dengan ais atau tidak sejuk.
3. Selepas siap, masukkan ke dalam bekas plastik dan simpan dalam peti sejuk disehingga ia mengeras. Simpan dalam peti sejuk di bahagian anda simpan buah-buah.
Nota: Semasa menyimpan dadih, pastikan anda tidak mengoyang-goyangkan dadih untuk mengelak dadih tidak keras dengan baik.
4. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.
Nota: Nak dadih tahan lebih lama kena masak bahan-bahannya hingga didih untuk bunuh kulat.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 3
3b. Resepi & Cara Membuat Dadih Kelapa
Video 3:b Cara Membuat Dadih Kelapa
Resepi Dadih Kelapa
4gm Agar-Agar Kering
250gm Air Paip
800gm Air Kelapa
Ringkasan video di atas:
1. Rebus agar-agar kering dengan air sehingga agar-agar kering benar-benar cair.
2. Seterusnya dituangkan ke dalam air kelapa bersama isi kelapa. Gunakan air kelapa yang tidak dicampurkan dengan air atau tidak sejuk.
3. Selepas siap, masukkan ke dalam bekas plastik dan simpan dalam peti sejuk disehingga ia mengeras. Simpan dalam peti sejuk di bahagian anda simpan buah-buah.
Nota: Semasa menyimpan dadih, pastikan anda tidak mengoyang-goyangkan dadih untuk mengelak dadih tidak keras dengan baik.
5. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.
Nota: Nak dadih tahan lebih lama kena masak bahan-bahannya hingga didih untuk bunuh kulat.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 3
3c. Resepi & Cara Membuat Dadih Lebihan Bisnes Air
Video 3c: Cara Membuat Dadih Lebihan Bisnes Air
Resepi Dadih Air Balang
4gm Agar-Agar Kering
250gm Air Paip
800gm Air Balang
100gm Gula
Ringkasan video di atas:
1. Rebus agar-agar kering dengan air sehingga agar-agar kering benar-benar cair.
2. Seterusnya dituangkan ke dalam air balang. Air balang perlu di masak terlebih dahulu. Kalau nak tahan lama kena masak hingga didih.
3. Selepas siap, masukkan ke dalam bekas plastik dan simpan dalam peti sejuk disehingga ia mengeras. Simpan dalam peti sejuk di bahagian anda simpan buah-buah.
Nota: Semasa menyimpan dadih, pastikan anda tidak mengoyang-goyangkan dadih untuk mengelak dadih tidak keras dengan baik.
4. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.
Nota: Nak dadih tahan lebih lama kena masak bahan-bahannya hingga didih untuk bunuh kulat.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 3
3d. Resepi & Cara Membuat Dadih Minuman 3 in 1
Video 3d: Cara Membuat Dadih Minuman 3 in 1
Resepi Dadih Minuman 3 in 1
4gm Agar-Agar Kering
250gm Air Paip
4 Packet Serbuk 3 in 1
800gm Air Panas
50gm Susu Cair
Sedikit gula
Ringkasan video di atas:
1. Bancuh dulu serbuk 3 in 1, air panas dan susu cair. Rasa dulu. Kalau kurang manis tambahkan gula mengikut citarasa anda. Kemudian tapis airnya.
2. Rebus agar-agar kering dengan air sehingga agar-agar kering benar-benar cair.
3. Seterusnya air rebusan agar-agar dicampurkan dengan air minuman 3 in 1.
4. Selepas siap, masukkan ke dalam bekas plastik dan simpan dalam peti sejuk disehingga ia mengeras. Simpan dalam peti sejuk di bahagian anda simpan buah-buah.
Nota: Semasa menyimpan dadih, pastikan anda tidak mengoyang-goyangkan dadih untuk mengelak dadih tidak keras dengan baik.
5. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.
Nota: Nak dadih tahan lebih lama kena masak bahan-bahannya hingga didih untuk bunuh kulat.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 3
3e. Resepi & Cara Membuat Dadih Original
Video 3e: Cara Membuat Dadih Original
Resepi Dadih Original
4gm Agar-Agar Kering
1100gm Air Paip
100gm Gula Pasir
100gm Susu Cair
Perisa Dan Pewarna.
Ringkasan video di atas:
1. Rebus agar-agar kering dengan air sehingga agar-agar kering benar-benar cair.
2. Masukkan gula pasir dan susu cair dan masak hingga gula cair. Lagi elok hingga mendidih.
3. Selepas api dimatikan, masukkan pewaran dan perisi sedikit demi sedikit hingge warna dan rasa yang anda mahukan.
Nota: Lagi elok guna emulco yang merupakan gabungan perisa dan pewaran. Ia dijual di kedai bahan bakeri.
4. Selepas siap, masukkan ke dalam bekas plastik dan simpan dalam peti sejuk disehingga ia mengeras. Simpan dalam peti sejuk di bahagian anda simpan buah-buah.
Nota: Semasa menyimpan dadih, pastikan anda tidak mengoyang-goyangkan dadih untuk mengelak dadih tidak keras dengan baik.
5. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.
Nota: Nak dadih tahan lebih lama kena masak bahan-bahannya hingga didih untuk bunuh kulat.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 3
3f. Tips Tambahan Dadih
1. Sekiranya dadih anda cepat basi, ia berpunca dari kulat di dalam air yang membiak. Terutama pada air balang yang digunakan semula untuk dadih. Untuk atasi, anda perlu masak air balang tersebut sehingga benar-benar mendidih untuk membunuh kulat di dalamnya. Seterusnya barulah dicampurkan dengan cecair dadih ”



Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 3
MODUL 4: MEMBUAT MOUSSE DAN TIRAMISU
4a.Resepi & Cara Membuat Coklat Mousse
Video 4a: Cara Membuat Coklat Mousse
Resepi Coklat Mousse
400gm Fresh Milk
50gm Gula Halus
200gm Coklat Masakan
3biji Kuning Telur
2biji Telur Penuh
18gm Geletin Ikan
150gm Air Panas
200gm Whipping Cream
Ringkasan video di atas:
1. Masak Susu segar mendidih. Selepas didih, matikan api dan masukkan coklat masakan yang telah dipotong kecil.
2. Selepas coklat masakan cair, biarkan 1 minit dan campurkan dengan telur.
3. Seterusnya cairkan geletin dengan air panas. Apabila cair campurkan ke dalam coklat cair tadi.
Nota: Kalau anda nak guna geletin selain ikan seperti geletin haiwan atau geletin tumbuhan pun boleh. Tapi kena adjust sukatan mengikut hasil mousse. Kalau mousse terlalu keras, kurangkan sukatan geletin.
4. Di bekas lain, pukul whipping cream sehingga menjadi krim sedikit kental.
Nota: Elok guna whipping cream jenis non dairy untuk mudah pukul.
5.Campurkan whipping cream yang dipukul tadi ke dalam bekas berisi campuran coklat cair dan geletin tadi. Gaul dengan spatula sahaja. Jangan guna mesin mixer.
Nota: Pastikan adunan coklat cair tidak lagi panas. Jika panas, whipping cream yang dipukul akan menjadi cair semula.
6. Seterusnya bolehlah dimasukkan ke dalam bekas plastik dan disejukkan di dalam peti sejuk di bahagian chiller.
7. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 4
4b. Resepi & Video Buat Tiramisu / Cheese / Coklat Cheese
Video 4b: Cara Buat Tiramisu / Cheese / Coklat Cheese
Resepi Tiramisu & Cheese Mousse
1 biji Telur Penuh
4 biji Kuning Telur
100gm Gula Halus
350gm Cream Cheese
150gm Air Panas
15gm Geletin
200gm Whipping Cream
Ringkasan video di atas:
1. Pukul telur, gula dan cream cheese sehingga bercampur dan gula cair.
3. Seterusnya cairkan geletin dengan air panas. Apabila cair campurkan ke dalam bekas berisi cream cheese yang dipukul tadi.
Nota: Kalau anda nak guna geletin selain ikan seperti geletin haiwan atau geletin tumbuhan pun boleh. Tapi kena adjust sukatan mengikut hasil mousse. Kalau mousse terlalu keras, kurangkan sukatan geletin.
4. Di bekas lain, pukul whipping cream sehingga menjadi krim sedikit kental.
Nota: Elok guna whipping cream jenis non dairy untuk mudah pukul.
5.Campurkan whipping cream yang dipukul dengan campuran cream cheese dan geletin tadi. Pastikan campuran geletin tidak panas. Gaul dengan spatula sahaja. Jangan guna mesin mixer.
Nota: Untuk coklat cheese mousse, hanya tambah serbuk koko ke dalam adunan step 5. Tambah sedikit demi sedikit hingga warna yang anda mahu.
6. Seterusnya bolehlah dimasukkan ke dalam bekas plastik dan disejukkan di dalam peti sejuk di bahagian chiller.
7. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 4
4c: Resepi & Video Membuat Vanilla Mousse
Video 4c: Cara Membuat Vanilla Mousse
Resepi Vanilla Mouse
400gm Fresh Milk
100gm Gula Pasir
3Biji Kuning Telur
1biji Telur Penuh
18gm Geletin Ikan
150gm Air Panas
200gm Whipping Cream
Ringkasan video di atas:
1. Kisar susu segar, gula dan telur dengan mesin blender. Boleh pukul dengan mesin mixer seperti video sebelum ini.
2. Seterusnya cairkan geletin dengan air panas. Apabila geletin sudah cair campurkan ke dalam bahan yang kita kisar tadi.
Nota: Kalau anda nak guna geletin selain ikan seperti geletin haiwan atau geletin tumbuhan pun boleh. Tapi kena adjust sukatan mengikut hasil mousse. Kalau mousse terlalu keras, kurangkan sukatan geletin.
3. Di bekas lain, pukul whipping cream sehingga menjadi krim sedikit kental.
Nota: Elok guna whipping cream jenis non dairy untuk mudah pukul.
4. Campurkan whipping cream yang dipukul dengan campuran bahan dan geletin tadi. Pastikan campuran geletin tidak panas. Gaul dengan spatula sahaja. Jangan guna mesin mixer.
5. Seterusnya bolehlah dimasukkan ke dalam bekas plastik dan disejukkan di dalam peti sejuk di bahagian chiller.
6. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 4
4d: Resepi & Video Membuat Banana Mousse
Video 4d: Cara Membuat Banana Mousse
Resepi Banana Mouse
300gm Fresh Milk
100gm Gula Pasir
100gm Pisang Makan
100gm Cream Cheese
15gm Geletin Ikan
150gm Air Panas
200gm Whipping Cream
Sedikit Pewarna Kuning
Ringkasan video di atas:
1. Kisar susu segar, pisang makan, cream cheese dan gula dengan mesin blender sehingga halus.
Nota: Boleh guna pisang emas atau pisang berangan.
2. Seterusnya cairkan geletin dengan air panas. Apabila geletin sudah cair, campurkan ke dalam bahan yang kita kisar tadi.
Nota: Kalau anda nak guna geletin selain ikan seperti geletin haiwan atau geletin tumbuhan pun boleh. Tapi kena adjust sukatan mengikut hasil mousse. Kalau mousse terlalu keras, kurangkan sukatan geletin.
3. Di bekas lain, pukul whipping cream sehingga menjadi krim sedikit kental.
Nota: Elok guna whipping cream jenis non dairy untuk mudah pukul.
4. Campurkan whipping cream yang dipukul dengan campuran bahan dan geletin tadi. Pastikan campuran geletin tidak panas. Gaul dengan spatula sahaja. Jangan guna mesin mixer.
5. Boleh tambah pewarna kuning dan perisa pisang. Tambah sedikit demi sedikit sehingga warna dan rasa yang anda mahu.
6. Seterusnya bolehlah dimasukkan ke dalam bekas plastik dan disejukkan di dalam peti sejuk di bahagian chiller.
7. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 4
4e. Resepi & Video Membuat Strawberry Mousse
Video 4e: Cara Membuat Strawberry Mousse
Resepi Strawberry Mouse
400gm Fresh Milk
100gm Gula Pasir
3biji Kuning Telur
1biji Telur Penuh
18gm Geletin Ikan
150gm Air Panas
200gm Whipping Cream
5gm Strawbery Paste (Emulco)
Ringkasan video di atas:
1. Kisar susu segar, strawberry paste dan gula dengan mesin blender sehingga halus.
Nota: Anda juga boleh masukkan buah strawbery segar ke dalam mesin blender untuk lebih sedap.
2. Seterusnya cairkan geletin dengan air panas. Apabila geletin sudah cair, campurkan ke dalam bahan yang kita kisar tadi.
Nota: Kalau anda nak guna geletin selain ikan seperti geletin haiwan atau geletin tumbuhan pun boleh. Tapi kena adjust sukatan mengikut hasil mousse. Kalau mousse terlalu keras, kurangkan sukatan geletin.
3. Di bekas lain, pukul whipping cream sehingga menjadi krim sedikit kental.
Nota: Elok guna whipping cream jenis non dairy untuk mudah pukul.
4. Campurkan whipping cream yang dipukul dengan campuran bahan dan geletin tadi. Pastikan campuran geletin tidak panas. Gaul dengan spatula sahaja. Jangan guna mesin mixer.
Nota: Boleh masukkan potongan strawbery ke dalam mousse untuk lebih menarik.
Nota: Jika warna kurang terang, boleh tambahkan lagi emulco strawbery sedikit demi sedikit sehingga warna yang anda suka.
5. Seterusnya bolehlah dimasukkan ke dalam bekas plastik dan disejukkan di dalam peti sejuk di bahagian chiller.
6. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 4
4f. Resep & Cara Membuat Manggo Mousse
Video 4f: Cara Membuat Manggo Mousse
Resepi Manggo Mouse
200gm Fresh Milk
250gm Isi Buah Mangga
100gm Gula Pasir
15gm Geletin Ikan
150gm Air Panas
200gm Whipping Cream
Ringkasan video di atas:
1. Kisar susu segar, isi buah mangga dan gula dengan mesin blender sehingga halus.
2. Seterusnya cairkan geletin dengan air panas. Apabila geletin sudah cair, campurkan ke dalam bahan yang kita kisar tadi.
Nota: Kalau anda nak guna geletin selain ikan seperti geletin haiwan atau geletin tumbuhan pun boleh. Tapi kena adjust sukatan mengikut hasil mousse. Kalau mousse terlalu keras, kurangkan sukatan geletin.
3. Di bekas lain, pukul whipping cream sehingga menjadi krim sedikit kental.
Nota: Elok guna whipping cream jenis non dairy untuk mudah pukul.
4. Campurkan whipping cream yang dipukul dengan campuran bahan dan geletin tadi. Pastikan campuran geletin tidak panas. Gaul dengan spatula sahaja. Jangan guna mesin mixer.
Nota: Boleh masukkan potongan strawbery ke dalam mousse untuk lebih menarik.
Nota: Jika warna kurang terang, boleh tambahkan lagi pewarna kuning sedikit demi sedikit sehingga warna yang anda suka.
5. Seterusnya bolehlah dimasukkan ke dalam bekas plastik dan disejukkan di dalam peti sejuk di bahagian chiller.
6. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 4
4g. Cara Menghias Atas Mousse in The Cup
Video 4g: Cara Menghias Atas Mousse in The Cup
Resepi Mousse In The Cup
Whipping Cream
Pewarna
Ringkasan video di atas:
1. Pukul satu kotak whipping cream non-dairy sehingga ia menjadi krim dan ssedikit kental.
2. Tambahkakn dengan pewarna ke dalam whipping cream yang dipukul. Kacau dengan spatula plastik. Tambah sedikit demi sedikit sehingga warna yang anda suka.
Nota: Boleh pilih apa sahaja jenis warna. Kalau nak guna emulco pun boleh.
3. Masukkan adunan tersebut ke dalam piping bang. Dan piping ke atas cup yang berisi mousse.
4. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 4
MODUL 5: PENGIRAAN KOS, UNTUNG
5a. Pengiraan Kos Air Balang
Terlebih dulu anda buka file excel pengiraan kos di dalam dvd. Ia hanya boleh dibuka dgn komputer. Namun jika anda tiada komputer, anda boleh kira secara manual pada kertas.

Langkah pertama, kita perlu kira berapa harga atau kos untuk 40gm kacang merah yang digunakan di dalam resepi. So dapatkan dulu harga kedai untuk 1kilo kacang merah Jika 1 kilo kacang merahberharga rm11.50. So berapakah harga 40gm kacang merah ?
Anda hanya perlu guna formula spt ini:
RM11.50/1000gm X 40gm = RM0.46
(11.50 bahagi 1000 darab 40 = 0.46)
So harga atau kos 40gm kacang merah ialah RM0.46

Guna formula yang sama untuk mendapatkan harga atau kos bahan resepi yang lain. Dan kemudian kita jumlahkan kesemua kos bahan resepi. So jumlahnya ialah RM19.91 untuk satu resepi. (Anda perlu ubah column ‘Harga Di Kedai’ mengikut harga di kedai di tempat anda.)

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 5

5a. Pengiraan Kos Air Balang

Jumlah kos untuk satu resepi air abc rock ialah 19.91
Satu resepi untuk balang 33liter dapat 55 cawan kecil
So kos eecawan air abc rock = RM19.91/ 55cawani = RM0.36
Dicampur harga air gula dan harga cawan plastik
RM0.36+RM0.06+RM0.05=RM0.47

Jika secawan air anda jual rm1.00. Maka keuntungannya
=RM1.00-RM0.47= RM0.53

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 5
5b. Pengiraan Kos Dadih
Terlebih dulu anda buka file excel pengiraan kos di dalam dvd. Ia hanya boleh dibuka dgn komputer. Namun jika anda tiada komputer, anda boleh kira secara manual pada kertas. 
Langkah pertama, kita perlu kira berapa harga atau kos untuk 100gm gula pasir yang digunakan di dalam resepi. So dapatkan dulu harga kedai untuk 1kilo gula pasir Jika 1 kilo gula pasir berharga rm200. So berapakah harga 100gm gula pasir?
Anda hanya perlu guna formula spt ini:
RM2.00/1000gm X 100gm = RM0.20
(2.00 bahagi 1000 darab 100 = 0.20)
So harga atau kos 40gm gula pasir ialah RM0.20

Guna formula yang sama untuk mendapatkan harga atau kos bahan resepi yang lain. Dan kemudian kita jumlahkan kesemua kos bahan resepi. So jumlahnya ialah RM2.24 untuk satu resepi. (Anda perlu ubah column ‘Harga Di Kedai’ mengikut harga di kedai di tempat anda.)

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 5

5b. Pengiraan Kos Dadih

Jumlah kos untuk satu resepi dadih ialah RAm2.24
Satu resepi menghasilkan 6 cawan kecil
So kos eecawan dadih = RM2.24 / 6 cawani = RM0.37
Dicampur harga cawan plastik
=RM0.27+RM0.10=RM0.47

Jika secawan dadih dijual dengan harga RM1.00:
RM1.00-RM0.47= RM0.53

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 5
5c.5c. Pengiraan Kos Mousse
Terlebih dulu anda buka file excel pengiraan kos di dalam dvd. Ia hanya boleh dibuka dgn komputer. Namun jika anda tiada komputer, anda boleh kira secara manual pada kertas.

Langkah pertama, kita perlu kira berapa harga atau kos untuk 400gm fresh milk yang digunakan di dalam resepi. So dapatkan dulu harga kedai untuk 1kg fresh milk Jika 1 kilo fresh milk berharga rm6.90. So berapakah harga 400gm fresh ?
Anda hanya perlu guna formula spt ini:
RM6.90/1000gm X 400gm = RM2.76
(6.50 bahagi 1000 darab 400 = 0.40
So harga atau kos 400gm fresh milk ialah RM0.46

Guna formula yang sama untuk mendapatkan harga atau kos bahan resepi yang lain. Dan kemudian kita jumlahkan kesemua kos bahan resepi. So jumlahnya ialah RM8.93 untuk satu resepi. (Anda perlu ubah column ‘Harga Di Kedai’ mengikut harga di kedai di tempat anda.)

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 5

5c.5c. Pengiraan Kos Mousse

Jumlah kos untuk satu resepi mousse ialah RM8.9
Satu resepi menghasilkan 10 cawan kecil
So kos eecawan mousse = RM8.93 / 10cawani = RM0.89
Dicampur kos cawan plastik
=RM0.89+RM0.10=RM0.99
Jika secawan air anda jual rm2.00. Maka keuntungannya
=RM2.00-RM0.99= RM1.01
(Saya terlupa untuk masukkan kos topping di atas mousse in the cup. Anda hanya perlu kira berapa berat topping whipping cream yg dipukulang diguna pada secawan mousse dan kira kosnya seperti kira kos fresh milk di muka pertama)

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 5
5d. Cara Cara Mengandakan Resepi
Cara mengandakan resepi sangat mudah. Jika anda ingin buat dua kali ganda resepi, anda hanya perlu darab 2 untuk semua sukatan resepi. Jika anda ingin gandakan resepi 4 kali ganda, anda hanya perlu darab 4 untuk semua sukatan resepi seperti dibawah:
RESEPI DADIH
Gula Pasir = 100gm X 4 = 400gm
Susu Cair = 100gm X 4 = 400gm
Agar-Agar Kering = 4gm X 4 = 16gm
Air Paip = 1100gm X 4 = 4400gm
Air Sejuk = 110 gm X 4 = 440gm
Perisa Pewarna = 2gm X 4 = 8gm

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 5
MODUL 6. TIPS BISNES AIR
6a. Cara memilih dan memohon tapak penjaja di tepi jalan.
Cara memohon penjaja ditepi jalan ini hasil dari temubual saya dengan penjaja di tepi jalan di tempat saya. Caranya tidaklah susah bergantung juga pada Majlis Perbandaran di tempat anda. Kerana biasanya setiap tempat atau majlis perbandaran, prosedur dan harganya sedikit berbeza.
Step 1: Elok telefon majlis perbandaran di tempat anda. Dapatkan nombor telefon majlis perbandaran di tempat anda dari operator telekom. Call ‘103’ guna handphone. Tanya pada operator telekom nombor telefon majlis perbandaran di tempat anda. Seterusnya telefon majlis perbandaran tersebut.
Bila pegawai majlis mengangkat telefon, minta mereka sambungkan pada bahagian yang menguruskan lesen penjaja di tepi jalan. Tanya mereka bagaimana cara memohon lesen penjaja ditepi jalan. Menurut perniaga tepi jalan, anda perlu mendapatkan borang permohonan penjaja tepi jalan terlebih dahulu.
Langkah pertama dapatkan borang permohonan penjaja tepi jalan di majlis perbandaran. Di dalam borang tersebut anda perlu pilih tiga tempat berniaga dengan menulis nama jalan tempat berkenaan. Pihak majlis akan memilih salah satu tempat berniaga di jalan yang sesuai. Untuk jenis perniagaan, tulis sahaja ‘Menjual makanan dan minuman’
Langkah kedua, anda perlu ke klinik untuk dapatkan suntikan folio. Suntikan tersebut untuk tempoh 3 tahun. Bayarannya dalam RM20. Pastikan anda dapatkan surat doktor yang mengesahkan anda telah mengambil suntikan tersebut. Salinan surat tersebut perlu disertakan sekali dalam borang permohonan penjaja tepi jalan
Biasanya pihak majlis akan meminta anda mengikuti kelas penyediaan makanan yang dikendalikan oleh majlis perbandaran dengan bayaran RM80. So langkah ketiga, dapatkan masa kelas penyediaan makanan tersebut dan anda perlu pergi ke kelas penyediaan makanan tersebut. Sijil penyertaaan tersebut untuk tiga tahun. Salinan sijil penyertaan perlu disertakan sekali dalam borang permohonan penjaja.
Langkah keempat ialah menunggu jawapan dari pihak majlis. Elok tanya berapa lama proses menunggu untuk anda follow up dengan pihak majlis. Selepas permohonan anda diterima, anda perlu buat bayaran tahunan pada pihak majlis. Anda boleh berniaga pada bila-bila masa di tempat berkenaan. Dan boleh berniaga dimana-mana sepanjang jalan yang diterima oleh pihak majlis. Bayaran lesennya dalam RM300 setahun.
Sekiranya majlis perbandaran tersebut meminta anda mendaftar nama syarikat. Panduannya ada di: blog saya http://hairul.com/blog/panduan-lengkap-pendaftaran-perniagaan-di-ssm-suruhanjaya-syarikat-malaysia/

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 6
6b. Cara memilih dan memohon tapak bazar dan pasar malam.
Tapak pasar malam dan bazar ada dua jenis. Satu milik majlis perbandaran dan yang kedua milik ajk kampung atau taman.
1. Cara momohon tapak pasar malam milik majlis perbandaran.
Step 1: Elok telefon dulu majlis perbandaran di tempat anda. Anda boleh dapatkan nombor telefon majlis perbandaran di tempat anda dari operator telekom. Call ‘103’ guna handphone. Tanya pada operator telekom nombor telefon majlis perbandaran di tempat anda. Seterusnya telefon majlis perbandaran tersebut.
Bila pegawai majlis mengangkat telefon, minta mereka sambungkan pada bahagian yang menguruskan lesen pasar malam. Tanya mereka bagaimana cara memohon pasar malam. Walaupun caranya ada disini namun elok tanya juga sebab takut ada perubahan.
Langkah kedua. Biasanya anda kena tunggu offer dari pihak majlis perbandaran. Offer ini ialah maklumat tapak kosong yang dibuka untuk permohonan. Biasanya pihak majlis akan buka tiga bulan sekali untuk semua kawasan pasar malam jagaannya. Offer ini biasanya ditampal di sighboard dalam pejabat majlis perbandaran di jabatan yang menguruskan tapak pasar malam. Semasa ada call mereka, tanya sekali bila tarikh mereka buka offer.
Langkah ketiga: Bila offer keluar, piihak majlis akan senaraikan kawasan-kawasan pasar malam dan jumlah tapak kosong, hari pasar malam dan hari temuduga. Contohnya. Tamah angerik hari rabu 10 kosong, taman setia hari selasa 15 kosong, taman Selam hari isnin 5 kosong. Seterusnya anda perlu beli borang permohonan tapak pasar malam dari majlis. Isi borang tersebut dengan pilihan tapak pasar malam anda. Anda memang boleh pilih lebih dari satu. Jika pihak majlis memerlukan suntikan folio dan menghadari kelas penyediaan makanan ada diterangkan caranya di cara memohon penjaja tepi jalan di modul 6.1
Langkah ke empat. Selepas isi borang anda tidak perlu hantar. Tetapi anda hanya perlu bawa borang tersebut pada hari temuduga. Pihak majlis akan temuduga anda. Hanya perlu bawa borang dan ic sahaja. Biasa pihak hanya akan tanya latar belakang anda, keluarga anda dan sebab berniaga. Anda perlu yakinkan mereka yang anda akan berniaga lama dan produk anda bagus. Tanya mereka juga bila mereka akan buat panggilan jika diterima.
Lengkah ke lima: Menunggu jawapan dari pihak majlis. Masa saya mohon dulu, berbulan-bulan juga baru pihak majlis akan menghubungi atau call saya memberitahu tapak yang diberi.
Langkah ke enam: Datang ke pejabat majlis perbandaran dan buat pembayaran lesen. Anda akan terus menerima lesen pasar malam dan nombor tapak pasar malam anda. Dan anda boleh terus berniaga pada hari pasar malam anda.
Sekiranya pihak majlis meminta anda buat suntikan folia, hadir kelas penyediaan masakan atau daftar nama perniagaan, caranya ada di no 1. iaitu cara memohon tapak penjaja tep jalan. Kerana lain mungkin perlu buat.
2. Cara momohon tapak pasar malam milik ajk kampung
Untuk pasar malam ajk kampung sangat mudah. Anda hanya perlu berjumpa dengan ketua ajk kampung tapak pasar malam. Jika ada kosong, anda boleh terus masuk berniaga. Bayaran akan dikena setiap hari niaga iaitu RM 5 hingga RM20 sehari mengikut tempat.
Langkah 1: Anda perlu berjumpa dengan ketua ajk kampung tapak pasar malam. Biasanya dalam pukul 6.30 petang mereka akan kutip sewa tapak pasar malam.
Langkah 2: Terangkan perniagaan anda dan jika ada kosong dan mereka bersetuju, anda boleh berniaga. Tidak perlu isi borang dan tidak perlu temuduga.
Untuk tahu tapak pasar malam tersebut milik ajk kampung atau milik majlis perbandaran, anda hanya perlu tanya dengan peniaga pasar malam di situ.
3. Cara memohon bazar ramadhan dan pilih bazar yang ramai.
Cara memohon bazar ramadhan sama sahaja seperti cara memohon pasar malam. Untuk milik ajk kampung anda kena berjumpa ketua ajk kampun . Untuk milik majlis perbandaran anda perlu pergi ke majlis perbandaran. Cuma offer dibuka untuk permohonan dibuka awal sebulan lebih sebelum bulan puasa. Dan harga lesen biasanya rm300 utk sebulan atau tiga puluh hari.So anda kena bertanya pihak majlis dan ketua ajk kampng seawal yang mungkin.
untuk mengetahui bazar ramadan dan pasar malam yang bagus, anda kena rajin bertanya dengan peniaga-peniaga pasar malam di tempat anda. Nasihat terbaik dari orang lama. Anda kena rajin berbual dengan peniaga pasar malam. Jika anda baru mula, semasa membeli makanan di pasar malam, datang awal dan cuba tegur mereka dan berbual danbertanya bazar yang ramai dan tidak ramai orang.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 6
6c. Cara memilih dan memohon tapak di hypermarket.
Cara memohon tapak di hyermarket nie dari rakan saya yang pernah berniaga di sana.
Langkah 1: Anda kena berjumpa dengan manager yang menguruskan tapak niaga di hypermarket. Anda boleh bertanya pada security guard di mana pejabat manager yang menguruskan tapak niaga.
Langkah 2: Jika ada kosong, pihak manager akan meminta anda senaraikan produk yang dijual, kelengkapan, perabut dan peralatan elektrik yang akan diletakkan di tapak niaga. Semuanya kena diterangkan dengan jelas sebab anda tidak boleh sesuka hati tambah produk lain atau peralatan lain selain yang diberitahu.
Langkah 3: Selepas sebulan pihak manager akan memberi jumlah deposit dan sewa. Harga deposit dan sewa bergantung pada saiz tapak dan peralatan elektrik yang akan diletakkan. Sebab sewa sudah termasuk dengan bil elektrik. Jika anda ingin tambah pili air, harga sewa dan deposit akan lebih mahal. Biasanya deposit dalam 1ribu-5ribu bergantung pada hypermarket. Begitu juga dengan sewa.
Langkah 4: Apabila telah masuk berniaga di hypermarket, anda tidak boleh cuti atau tidak buka gerai walaupun sehari. Jika sehari anda tidak buka gerai, saman rm200-rm500 akan dikenakan. Jika anda ingin bercuti, anda kena isi borang seperti anda berkerja di pajabat. Masa buka gerai dan tutup gerai pun kena ikut seperti yang ditetapkan.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 6
6d. Cara mendapat maklumat tapak pasar malam yang kosong.
Untuk pasar malam dan majlis perbandaran, biasa mereka akan tampal di signboard mereka. So anda kena tanya dengan pihak majli bila mereka akan tampal offer permohonan tapak pasar malam yang kosong.
Menakala untuk ajk kampung pula anda kena bertanya dengan ketua ajk kampung/taman yang uruskan tapak pasar. Mereka tahu di tapak mana yang kosong atau penjualnya akan tutup .
Anda kena berbaik-baik dengan peniaga-peniaga pasar melama di tempat anda. Kerana biasanya mereka tahu di tapak pasar malam yang kosong di tempat lain. Biasanya jika anda dah dapat satu tampak. ia sangat memudahkan anda dapat tapak lain. Yang penting anda kena berbaik-baik dengan peniaga di sekeliling anda. Kerana merekalah yang biasa tahu lebih awal jika ada tapak pasar malam lain yang kosong atau peniaganya akan keluar atau tutup.
Jika anda belum ada tapak pasar pasar malam, anda boleh pergi mana-mana pasar malam dan bertanyakan dengan mereka info tapak pasar malam yang kosong atau senarai kawasan tapak pasar malam di tempat anda.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 6
6e. Rahsia memasuki tapak pasar malam yang ramai orang.
Biasanya pasar malam yang ramai orang, telah penuh. dan tiada kosong lagi. So cara di bawah nie akan membantu anda memasuki tapak pasar malam yang dah penuh. Tips ini dari kawan peniaga pasar malam saya. Baca hingga habis ya.
Cara nie hanya sesuai untuk tapak pasar malam milik ajk kampung. Caranya anda masuk berniaga mengantikan peniaga yang cuti atau tidak datang berniaga. Biasanya pniaga akan masuk berniaga dalam pukul 4.30- 5.00 petang. So anda datang lewat sedikit. Selepas pukul 5.45petang, jika ada peniaga tidak masuk berniaga, anda boleh masuk berniaga di tempat mereka.
Untuk pasar malam milik ajk kampung, sewa tapak dikutip harian. So ketua ajk kampung akan mengenakan dua kali ganda bayaran sewa harian kepada anda. Manakala untuk majlis perbandaran, mereka akan merampas segala peralatan dan barang jualan anda jika mereka membuat pemeriksaan. So cara mengantikan tempak peniaga yang cuti ini hanya sesuai untuk tapak milik ajk kampung sahaja.
Semasa anda mengantikan tempat peniaga lain nie, anda kena berbaik-baik dengan peniaga di sana dan ketua ajk kampung. Dan tanya mereka jika ada tapak yang bakal kosong atau peniaga nya akan berhenti berniaga.
Biasanya tapak pasar malam ajk kampung tiada garisan petak. Jika anda berbaik-baik dengan peniaga di sana, mereka boleh rapat-rapatkan tempat berniaga mereka untuk membuat satu tapak yang kosong untuk anda. Ini memang berlaku dan diceritakan oleh peniaga pasar malam kepada saya.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 6
6f. Jenis-jenis peralatan yang digunakan

Meja lipat 6 besi kaki yang biasa dijual di kedai hanya boleh tahan berat 2 balang air 33liter. Sekiranya anda ingin letak lebih balang, anda kena guna meja lipat 8 besi kaki seperti gambar di atas nie. Biasa peniaga tempah khas dari kedai grill. Atau anda boleh beli secara pos dari penjualnya iaitu en Muz di +60179273388. Harganya dalam rm250 untuk besi 8 kaki. Anda juga boleh mencarinya di www.mudah.my
Cara pasangnya pun mudah. Jika rujuk gambar di atas yang telah dibuka. Untuk simpan, anda hanya perlu angkat keluar papan terlebih dahulu. Kemudian kaki besinya dirapatkan dengan tolak ke dalam sahaja. So utk memasangnya, anda hanya perlu buka kaki besinya dan buka bahagian atasnya. Seterusnya letakkan papan di atasnya.

Kanopi ini size 6kaki X 6kaki atau 2meter X 2meter. boleh call 03-60571884 untuk beli by pos. Atau di www.mudah.my ramai yang jual kanopi nie dan boleh diposkan ke rumah. Anda hanya perlu taip kanopi pasar malam di www.mudah.my. Harga dalam rm180.
Cara pasangnya pun mudah. Ia ada empat kaki. Tarik dulu kesemua kaki sehingga ia terbuka kembang. Kemudian tolak bahagian tengah dari bawah ke atas. Kemaskan bahagian kain di bucu-bucu di bahagian atas diperkemaskan. Kemudian panjangkan empat kaki besi dengan tarik besi kaki ke bawah. Siap. Anda akan lebih paham selepas anda membelinya. Ia sangat senang.

Balang air di atas untuk size 33 liter dan 30 liter. Untuk 33 liter biasanya dijual pada harga RM180 untuk 33liter dan rm130 untuk 30liter. Cedok air akan diberi percuma. Boleh Call/ SMS/ Whatsapp Nadia 016-7145382 / Wan 016-7145390. Atau juga boleh dibeli secara pos di www.mudah.my.
Bekas isi air gula boleh guna apa sahaja bekas plastik atau aluminium yang bersaiz kecil. Banyak dijual dihypermarket. Harganya murah dan tak sampai rm10. Alas meja juga boleh dibeli di kedai runcit.
Harganya ikut meter dan sangat murah.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 6
6g. Cara mendapatkan peralatan dan bahan mentah bisnes air.
Untuk yang baru nak bermula niaga tentu akan akan tertanya-tanya di mana tempat beli peralatannya. Sebenarnya cara cari sangat mudah. Iaitu dengan bertanya dengan peniaga-peniaga di sekitar anda.
Jangan segan untuk bertanya kerana peniaga makanan sebenarnya baik. Yang penting kena bertanya dengan cara baik. Anda boleh bertanya dengan sesiapa sahaja peniaga makanan atau minuman. Anda cuma tanya dimana mereka beli meja lipat dan payung dan bahan menta mereka. Jika anda dapat tempatnya, biasanya semua peralatan pasti ada dijual kedai yang sama atau berdekatan. Sama juga dengan bahan mentah.
Elok tanya dengan dua atau tiga peniaga. Sebab setiap peniaga ada maklumat yang berbeza, Jika seorang peniaga tak nak layan, jangan sedih. Tanya dengan peniaga yang lain. Biasa mereka akan bagitahu.
Untuk bahan-bahan pun sama. Saya lebih suka tanya dengan penjaja-penjaja tepi jalan sepeti penjual goreng pisang. Sebab biasanya mereka ramai kawan dari kalangan orang yang singgah di kedai mereka. Anda juga boleh bertanya dengan peniaga kedai runcit. Biasa mereka pasti tahu sebab mereka ada kawan-kawan yang bercerita dengan mereka. Biasanya pelbagai bahan mentah yang diperlukan peniaga di jual di tempat atau kawasan yang sama..

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 6
6h. Cara menjalankan bisnes air, mousse dan dadih.
Cara menguruskan masa dan bahan dalam perniagaan bisnes air tersangatlah mudah. Apabila anda telah mula berniaga, ia akan menjadi sangat mudah untuk mengatur masa anda.
Biasanya diwaktu pagi kita ke pasar untuk membeli buah dan baham mentah bisnes air. Dalam pukul 11 anda boleh buat air gula untuk bisnes air anda. Kita guna 2.5kg gula pasir untuk 1 balang air 33liter.. Dalam pukul 12 anda boleh menyiapkan bahan-bahan bisnes air. Untuk buah yang perlu diblend elok blend dalam pukul 3 dan terus masuk dalam balang air dan letak di dalam van anda. (Kalau nak blend awal, kena masuk dalam peti sejuk).
Untuk air tambahan, perisa dan ais akan dibancuh di tapak niaga dan bukan di rumah. Dalam pukul 330 anda mula memasukkan ais, air gula, botol perisa, tong berisi air tapis, balang air, plastik ke dalam van atau lori anda. Dan kemudian masukkan papan, meja lipat dan konopi anda. Masa di atas adalah anggaran. Namun ia bergantung pada jarak pasar malam anda. Biasanya air tapis, peniaga beli air dari mesin air yang diletak di depan kedai. Boleh beli semasa dalam perjalanan ke tempat niaga.
Sampai di tapak niaga, pasang dulu konopi dan meja anda. Seterusnya letak alas meja dan balang air di atas meja. Seterusnya bancuh air di tapak niaga. Selepas siap, masukkan ais ke dalam balang dan tutup. Seterusnya buat test satu bungkus air dan test air gula anda dan rasa. Adakalanya anda perlu masukkan lebih sikit air gula anda dari biasa. Untuk dadih dan mousse elok masukkan dalam kotak ais seperti dibawah supaya ia tetap sejuk.

PLASTIK AIR
Sekarang ramai yang menjual air di dalam cawan plastik sahaja. Tetapi jika anda ingin bungkus dalam plastik dan ikat di bulan puasa, boleh guna saiz 6inci X 9inci.
AIR GULA
Satu balang 33liter biasanya menggunakan lebih kurang 2.5kilo gula pasir. Namun ia bergantung juga pada ais yang tak sempat cair di dalam balang. Untuk sukatan air gula di dalam satu bungkus air, ia memang berubah-ubah. Ini kerana kadang-kadang anda termasak lama air gula dan lebih pekat. Dan kekadang anda termasak cepat air gula dan ia lebih cair. So setiap hari pada permulaan berniaga, anda perlu test dengan buat satu bungkus air dulu. Selepas dapat rasa air yang sedap dan manis, anda kena ingat sukatannya.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 6
6i. Strategi bisnes air dan memaksimakan keuntungan.
Memberi banyak pilihan air dapat membantu menarik perhatian pelangan. Dan jual jenis air yang tidak dijual oleh peniaga lain seperti air katira dan sebagainya. Pembeli memang suka ke kedai yang banyak pilihan dengan air-air yang berbeza dari kedai lain.
Dalam video katira ada saya tunjukkan cara membuat air berlapis-lapis. Anda juga boleh buat lapisannya dengan buah-buahan yang dipotong dadu kecil. Ia mampu menjadi daya penarik bisnes air anda.
Pastikan anda letakkan label nama air pada air balang anda. Signboard kecil nama bisnes anda pun amat penting. Sebab kalau pembeli nak bercerita tentang anda dengan kawan-kawan, tentu ia perlukan nama kedai anda untuk direkomen.
Air balang sememangnya untung tinggi. Dan untuk memaksimakan keuntungan air jus buah ialah dengan menggunakan lebih banyak perisa dan pewarna daripada jus buah.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 6
MODUL 7: INFO TAMBAHAN
7a. Cara Buat Duit Dgn Jadi Agen Promosi
Anda boleh buat duit dgn menjadi agen promosi produk ini. Komisen yang diberikan ialah RM20 dari jualan setiap pakej. Kalau anda dapat jualan 10 pakej maka komisen anda terima adalah rm20X10=RM200 untuk anda. Lumayan
Web daftar: www.bisnesair.com/daftarbisnes
Web Log in: http://www.bisnesair.com/login
Elok anda tonton video di website di bawah untuk cara mendaftar, cara log in dan cara mendapatkan komisen:
Video 7a. Cara Menjadi Agen

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 7
7b. Artikel Petua Kejayaan Yang Menarik
Saya ada tulis tiga artikel menarik yang akan membantu anda untuk hidup lebih bahagia dan murah rezeki. Memang menarik artikel ini. Klik link di bawah untuk baca artikelnya:
1. Tips Hidup Bahagia & Murah Rezeki <<< Kilik Sini
2. Bahaya Mulut Yang Memberi Kecelakaan Dalam Hidup <<< Klik Sini
3. Berhati-hati Memilih Kawan Agar Hidup Lebih Bahagia <<< Klik Sini
Saya ada menulis artikel yang menarik tentang cara memulakan bisnes bagi mereka yang baru dan lama. Jom baca
1. 7 Langkah Memulakan Bisnes Makanan Paling Berkesan <<< Kilik Sini
2. 5 Tips Cara Tambah Pendapatan Sampingan Dari Pegalaman Pembeli<<< Klik Sini
3. Persediaan Sebelum Bersara Dari Kisah Arwah Ayah<<< Klik Sini
4. 5 Sebab Punca Kegagalan Bisnes Makan Yg wajib Anda Tahu<<< Klik Sini


Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 7
7c. Senarai Produk Menarik Yang Lain.
1. Belajar donut ala big apple, roti buku ala gardenia dan sarang lebah di: www.rahsialoaf.com
2. Belajar13 kek hari jadi di: www.deco.rahsiakek.com
3. Aneka bun pau & pizza di: www.rahsiabun.com
4. Kek butter, lapis dan swiss roll hotel di www.bisneskek.com
5. Aneka puff, croissant, danish & Cream Puff di: www.rahsiapuff.com
6. Aneka putu homemade, piring, bambu, mayam di: www.rahsiaputu.com
7.Bisnes air, dadih & mouse dessert hotel di: www.bisnesair.com
8. Air soya taufufah di: www.rahsiataufufah.com
9. Resepi roti canai, murtabak & thosai di: www.resepiroticanai.com


Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 7
7d. Kenapa Resepi Tidak Boleh Di Share Terbuka
Seperti yang diberitahu dalam website, dvd ini untuk kegunaan anda, keluarga anda dan perniagaan anda. Bukan tujuan untuk diedarkan atau dijadikan bahan mengajar orang lain. Anda tidak dibenarkan berkongsi segala resepi atau teknik di dalam video ini. Jika rakan anda berminat belajar, mereka perlu membelinya dari Hairul HIssam atau anda boleh belikan untuk mereka sebagai hadiah.
DVD ini dijual di internet. Jika anda share pada kawan anda dan kawan anda share pada kawan yang lain. Dan kawan yang lain pula share di internet, ia akan memberi kesan yang teruk kepada bisnes online saya. JIka anda sendiri buat bisnes ini secara fulltime seperti saya, anda tentu risau & buat perkara yang sama. Semoga anda menjaga keberkatan iagar anak anda, keluarga anda dan rakan anda sihat dan baik.
Penafian: Video ini dihasilkan berdasarkan pengalaman penulis untuk pembelajaran pembeli. Penulis tidak akan bertanggungjawab ke atas segala kerugian, kesilapan atau kecederaan yang ditanggung oleh pembeli semasa mempraktikkan video ini.


Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 7
7e. Support Dan Bantuan Pembeli
Pastikan anda telah tonton dan baca dengan teliti semua video dan tips sebelum bertanya. Bukannya tengok sikit, whatsaap, tengok sikit whatsapp. Sebenarnya semua telah diterangkan di dalamnya. Namun jika anda pertanyaan dan masalah boleh hubungi saya melalui whatsap di bawah:
Whatsapp: +60137757915
Kalau boleh, hantar dalam satu mesej. Panjang tak pe. Maklumlah ramai sangat pembeli dan bakal pembeli yang menghantar mesej tak henti-henti.


